Saturday 5 May 2012

Ujian kecil bersama My Spectra3


Kata orang, kalau kita nak buat benda baik kita akan di uji terlebih dahulu..tak kira la ujian tu kecil atau besar..Sama la jugak macam kisah aku ni..niat nak breastfeed (BF) anak ke-2 ni di uji bila sesi mengepam bersama Spectra3 sedikit meragam..sebelum tu nak bagitahu la yang aku ni main sambar je Spectra3 ni tanpa tahu macam mana nak mengendalikannya bila ada masalah..alang-alang time tu ada kawan aku yang offer Spectra3...katanya nak tolak sebab keluar angin..mungkin tak sesuai dengan dia kot..so dapat la aku beli Spectra3 ni dengan harga yang sedikit murah dari harga biasa..


So nak dijadikan cerita..pada suatu hari masa nak start pam susu, aku rasa macam pelik je bila dah on dan dah lekatkan breast shield tu rasa macam tak ada suction langsung pada yang sebelah lagi (untuk pengetahuan semua aku buat power pumping )..memang pelik la sebab sebelum ni tak ada masalah pun..macam-macam cara aku try buat tapi still tak jadi..aku apa lagi memang start panic la..sebab masa tu aku bergantung dengan susu yang di pam untuk bagi kat baby sebab nipple ku luka..terpaksa la buat single pumping yang menyebabkan sesi mengepam menjadi agak lama..dah la time tu susu aku sikit je setakat 2oz..kalau buat power pumping dapat la lebih sikit..seriously time tu aku stress sangat-sangat..orang cakap kalau stress lagi la merudum milk supply..

Dalam kepala ni macam-macam dah dok fikir..siap sms member-member yang BF tanya takut-takut diorang tahu macam mana nak settle masalah aku ni..oppps lupa pulak nak bagitahu..satu lagi benda pelik yang aku perasan dalam tube tu macam ade wap air..bila tanya member dia cakap mungkin sebab backflow..so dia suggest beli backflow filter kat mumsDream..nasib baik la kat Kota Bharu ni ada kedai macam tu..so aku pun pergi la beli..harganya tak mahal pun only RM13..ada la 3 filter dalam tu..lepas tu salesgirl ade tanya.."akak tak nak beli ke membrane?"..aku terpinga-pinga jugak ape la benda alah membrane tu..hehehe..bila dia tunjuk baru la aku perasan benda tu memang ade..aku pun ambik la satu sebab yang dah sedia ade tu dah kuning dan macam distort sikit..harganya boleh tahan jugak untuk saiz sekecil itu..only RM9..


Bila dah beli dua benda tu aku try la pasang filter dulu..huhuhu..tak ade perubahan langsung..so try tukar membrane tu pulak..woww..jadi la..Alhamdulillah..settle masalah aku..sebab kalau tak jadi jugak memang aku dah berkira-kira nak ambik medela freestyle..aku terpaksa beli lain sebab kalau nak hantar repair memang ambik masa 2,3 bulan jugak..nasib baik la semuanya ok..banyak-banyak syukur..

So kat sini aku nak share la dengan ibu-ibu yang baru first time nak pakai Spectra3 ni kalau benda yang sama berlaku..pastu sila la baca betul-betul guide book tu betul-betul sebelum guna ( Ingatan untuk diri sendiri...kui kui kui :P )..sebenarnya aku tengok buku tu sekali lalu je, pastu bila berlaku kes macam ni tak terfikir pulak nak belek tengok..dalam buku tu ade diajar ape yang perlu kita buat kalau ade masalah macam tak ade suction, slow suction etc...

Perbezaan membrane yang baru dan yang lama..yang lama nampak sedikit kuning dan sekeliling nya sedikit meleding..


Pastikan membrane betul-betul adapt pada permukaan valve head (warna biru ). Kalau tak, angin akan keluar dan result nya no suction :)))


Peristiwa ni akan jadi pengajaran buat aku..so lepas ni kalau berlaku lagi tahu la aku cara nak settle..moral of the story..study betul-betul guide book yang disediakan..breast pump ni boleh diibaratkan macam nyawa kita jugak dalam BF ni...Ok la..Selamat 'Breasfeeding' untuk semua..:)))

No comments:

Post a Comment