Thursday 27 September 2012

TRUE STORY......


Ini adalah kisah benar dari aku sendiri...sebelum ni aku menderita sakit belakang yang agak serius akibat berulang alik setiap hari ke tempat kerja..selama setahun drive Kota Bharu-Manek Urai kemudian selama setahun lebih Kota Bharu-Machang sampai la sekarang...dah puas ikhtiar..setiap malam mintak my mom tolong urut belakang,kadang-kadang tido pun mengiring sebelah, masa drive terpaksa letak tungku kt belakang...amat menyeksakan...

Keadaan jadi makin teruk akibat posture badan tak betul semasa buat treatment kat patient..as a dentist ini lah komplikasi yang kitorang akan hadapi...sangat menyedihkan...ditambah pula waktu tu aku tengah pregnant...cuba bayang kan betapa seksanya keadaan aku waktu tu...

Kebetulan dapat tahu pasal korset Premium Beautiful ni...ade member suggest pakai ni masa dalam pantang untuk pulihkan kesihatan dan kembalikan bentuk tubuh sebelum pregnant...selain tu dapat pulihkan sakit belakang...

Bila tengok pada harganya memang la rasa sayang nak keluarkan duit sebanyak tu..tapi tak salah rasanya nak melabur untuk kesihatan dan kecantikan diri sendiri...so semasa pantang aku amalkan pakai korset ni setiap hari selama 8jam sehingga la sekarang...Alhamdulillah aku sangat puas hati, sangat membantu dalam pembentukan semula tubuh selepas bersalin dan yang paling best sakit belakang berkurangan..at the same time bila treat patient dah tak terbongkok-bongkok lagi..rasa sangat selesa dan confident..

Kini walau kemana saja aku pergi memang tak lupa untuk sarungkan korset ni..rasa sangat janggal kalau sehari tak sarungkan dia..memang berbaloi melabur untuk dapatkannya...mencegah lebih baik dari merawat...bila dah sakit kita terpaksa keluarkan lebih banyak duit even lagi banyak dari nak beli korset ni...

Premium Beautiful sudah diiktiraf oleh pakar tulang belakang mampu mengurangkan sakit belakang/slipped disc...jika anda ingin mencuba boleh hubungi 

sms 012-9604924
WhatApps 019-9804924

Monday 24 September 2012

The Making Of Homemade Solid Food...


Sangat teruja sebenarnya nak introduce Arash dengan solid food ketika dia masuk 6 bulan baru-baru ni..Mamanya tak habis-habis google pasal making of puree..banyak la jugak dok intai-intai blog-blog orang...even ada jugak group dalam facebook ni yang discuss and sharing info and recipes untuk buat makanan buat si kecil ni...

Misi pertama..kena cari mini blender dulu..semua kedai jual barang-barang eletrik aku dah masuk,tapi very sad sebab semuanya cakap takde..BUT..luckily aku jumpa jugak di TESCO...hehe..misi pertama berjaya!!!


Dengan itu daku mempersembahkan my beloved PHILIPS Mini Blender..harganya RM139.00....sangat sesuai untuk blend makanan baby..kalau yang besar gedabak tu tak sesuai la kalau kita nak buat dalam jumlah yang sikit..baby kan,banyak mana sangat dia nak makan...hehe

So misi kedua adalah mencari bahan-bahan untuk buat puree...mula-mula ni just nak bagi Arash cuba kentang, carrot, pisang, keledek, brokoli dan buah pir dulu..try buat nasi..tengok arash suka jugak..memang tak menyempat nak tunggu kita suap dia..hehe :))

Lama la jugak dok bertungkus lumus menyiapkan semua tu di dapur sambil ditemani si kakak Ainul Balqis..Walaupun penat badan ni sebab baru balik kerja tapi tetap rasa gembira dan teruja nak sediakan makanan buat si kecil yang comel ni :))

Akhirnya,siap la hidangan untuk Arash..banyak jugak dapat..boleh la makan untuk 3 hari

Taraaaaa...



Suka tengok warna-warni macam ni..yang atas tu ubi kentang, carrot, brokoli dan bawah sekali bubur nasi yang dicampur ayam, tomato, lobak dan carrot..Senang sangat nak buatnya..just rebus sampai empuk..then blend guna air @ susu ibu..sangat berkhasiat untuk di makan...So sedia untuk dimakan..boleh simpan dalam peti sejuk untuk 3hari..bila nak guna just rendam dalam air panas..

Nanti nak upload jugak cara-cara nak buat puri ni and chart yang tunjuk makanan apa yang sesuai untuk baby mengikut umur dia...




Hehehe...budak kecik ini sedang menunggu untuk menghabiskan puri yang dibuat oleh mamanya....:))

Friday 21 September 2012

MY NEW BFF....I LOIKEEE!!!!!


Salam semua...lamanya tak post something kat blog kesayanganku ni..sibuk manjang la katakan...Orait, kita straight to the point la ek..hari ni aku nak memperkenalkan my new BFF..bukan manusia tau..tapi my skincare set from Everlynn...taraaaaa :))



Seriously cakap memang terbaekkkk la produk ni (thumb up!!!) ..susah tau aku nak buat statement macam ni kat produk skincare..sebabnye aku dah banyak guna produk-produk penjagaan kulit muka ni..macam-macam brand, tak payah cakap la yang mahal ke murah ke..memang pakai tak pernah habis..mana tak nye pakai sekejap kulit muka jadi berminyak, try yang lain jadi kering pulak, pastu kulit muka menggelupas, pedih..last-last terpaksa jumpa pakar kulit..lama jugak la aku menghadapi situasi yang tak menggembirakan macam ni..sampai satu tahap aku dah rasa give up nak jaga kulit muka ni..

Kulit muka aku jadi makin teruk masa pregnant anak kedua..jerawat, jeragat, whitehead, kulit berminyak, melasma (noda-noda hitam) semuanya bermaharajalela di kulit muka aku ni..kulit ni dah macam kertas pasir..stresss yang amat..huhuhu..masa tu jugak la aku jadi malas nak cuci muka..maka makin teruk la muka aku..sampaikan nak tengok muka sendiri depan cermin pun tak sanggup..teruk..teruk..teruk..(jadi upin ipin plak..hehe)

So al-kisahnye..bila baby dah keluar, tiba-tiba teringin la nak jaga body dan jaga muka ni..suatu hari tengah layan facebook  nampak la my frenz (Nur Edura Na'in) post produk Everlynn ni..nampak macam menarik..dia siap bagi testimoni dia sendiri..lagi la menambahkan keyakinan aku nak cuba jugak..

Masa masuk bulan kedua aku berpantang bermula la usaha aku nak mencantikkan kulit muka dengan Everlynn ni...sebelum pakai set biasa aku dinasihatkan pakai set treatment dulu sebab nak kurangkan masalah kulit berjerawat dan berminyak..bila first time pakai...fuhhhh..best sangat..lembut dan lembap je kulit muka ni..Bila dah banyak kali guna masalah kulit berminyak dah ok..jerawat dah kurang..parut jerawat makin pudar..memang teruja sangat-sangat...hehehe

Bila dah habis set tu so tukar ke set normal pulak..yang ni lagi best..sangat-sangat puas hati..kulit jadi macam kulit baby..huhuhu..memang sangat suka dengan cleanser dia..kalau korang nak tahu produk ni takde bahan kimia, diorang guna bahan-bahan semulajadi, ekstrak buah, kolagen..ni memang aku suka la..krim malam dan siang pun best..bila bangun pagi kulit tersangat la lembut..hehe..serius cakap ni tau..hehe

Lepas tu aku perasan jeragat dan melasma berkurangan dan makin pudar, kulit muka jadi lembut dan gebu macam baby, warna kulit muka sekata..husband aku pun puji tau..bukan setakat dia je yang tegur tau..orang lain pun tegur dan perasan perubahan kulit muka aku ni...tersipu malu aku dibuatnye...ngeee..

Sekarang aku dah guna botol yang kedua..kesannye masih tidak mengecewakan aku..Akhirnya aku dah jumpa produk skincare yang betul-betul sesuai dengan kulit muka aku ni..Selamanya bersama Everlynn...My beloved BFF :))