Thursday 15 March 2012

Premium Beautiful Increase Milk Supply


Mungkin ramai yang akan tertanya-tanya macam mana Premium Beautiful ni boleh banyakkan susu badan...mungkin ramai jugak yang tak percaya...

Saya akan cuba terangkan secara simple kepada korang semua ya..Actually setiap benang fabrik Premium Beautiful ni telah disulam dengan bioceramic yang mengeluarkan Far Infrared (FIR)..Dalam hal nak banyakkan susu badan ni FIR la yang banyak mainkan peranan..so macam mana FIR ni berfungsi????

For your information, FIR ni paling banyak terdapat pada cawan coli Premium Beautiful..

cawan coli yang berlabel 'A'



FIR ni akan menembusi jauh ke dalam tisu lembut payudara  dan membantu mengurangkan kebengkakan, melegakan kesakitan, dan yang paling utama melancarkan 'lymphatic drainage'...bukan itu saja FIR ni akan merangsang dan melancarkan peredaran di dalam payudara

FIR bagus untuk tisu payudara dan membantu mengurangkan sebarang penyumbatan atau pengumpulan 'lymph fluid' di dalam dan di sekeliling sel..because of that ia mampu mengurangkan kebengkakan dan melegakan sakit pada payudara...Good circulation also boleh menyingkirkan waste product yang terhasil daripada metabolic proses yang menjadi faktor utama berlakunya breast lump or cancer..

So secara simple nya Premium Beautiful boleh balance kan kembali hormon dalam badan kita. FIR juga akan mempercepatkan circulation dalam breast kita..so penghasilan susu badan akan lebih banyak compared to normal...so untuk para ibu yang sedang menyusu atau bercadang untuk menyusukan bayi mereka anda boleh terus menyusu walaupun sedang memakai PB....tak susah mana pun, just tarik cup bra tu je...



Selain itu susu yang terhasil juga akan lebih berkualiti sebab proses detoxification from our body juga akan berlaku once kita pakai PB...

Banyak good feedback yang diberikan oleh pemakai PB yang mengatakan susu badan mereka boleh dua kali ganda daripada biasa.. 1 session dh dapat 12oz...:))

Memang berbaloi-baloi...sekali investment..baik untuk anda, bayi anda serta orang-orang di sekeliling anda
70% Health + 30% Beauty = 100% confidence

Jika berminat boleh contact:
011-14972214

Tips Banyakkan Susu Badan


Assalamualaikum wbt....sudah lama rasanya saya tak update my blog ni..terlalu sibuk dengan komitmen..tapi Alhamdulillah di kesempatan ini sebelum tiba masanya untuk deliver saya nak share dengan ibu-ibu di luar sana yang berhasrat untuk menyusukan bayi anda tentang tips untuk menambahkan susu badan..rasa kecewa kerana tidak dapat menyusukan puteri sulungku dahulu kini saya bertekad untuk menyusukan bayi kedua saya ini sehingga beliau berusia 2  tahun....


Adalah lebih baik kita tahu apa kelebihan menyusukan sendiri anak kita serta kelebihan susu ibu itu sendiri..sudah pasti selepas anda lihat sendiri kelebihannya anda tak akan berfikir dua kali untuk menyusukan anak anda...


7 TIPS BANYAKKAN SUSU BADAN

1. Beli pam susu yang berkualiti - kebanyakan pam yang bagus dari segi kualitinya berharga agak mahal. Antaranya Medela dan Spectra..

2. Pam atau perah susu dari awal - Jika anda baca dikebanyakan artikel berkaitan penyusuan, ramai yang mencadangkan agar anda mula pam susu 2 minggu sebelum kembali bekerja. Tetapi bagi saya, sebaiknya anda mulakan dari seawal minggu pertama selepas bersalin. 

Pada awalnya, sememangnya susu anda tiada kerana pada waktu itu badan mengeluarkan kolostrum. Jangan give up walaupun tiada susu. Cuba picit puting susu anda. Jika ada cecair putih yang keluar, itu bermakna sememangnya badan anda mengeluarkan susu kerana cecair putih itu adalah kolostrum. 

Apabila bayi lapar, susukan bayi seperti biasa dan selepas itu tambah masa penyusuan dengan cara mengepam susu selama 10 ke 15 minit. Dengan cara ini badan akan menerima isyarat untuk mengeluarkan lebih banyak susu. Selain dari itu, ini juga akan membantu badan anda menyesuaikan diri dengan pam susu anda.

Kebiasaanya susu akan mula banyak pada hari ke 7 hingga hari ke 10 selepas bersalin. Jika anda mula mengalami bengkak susu, sebaiknya anda mula pam susu anda dan simpan sebagai stok. Letakkan target contohnya stok anda setiap hari ialah 4 aun. Dengan cara menyimpan stok susu dari awal, ini akan mengurangkan stress anda dikemudian hari. Susu yang telah dipam juga boleh dimasukkan kedalam botol dan diberikan kepada bayi anda sebagai latihan agar bayi boleh minum dari botol apabila anda telah kembali bekerja.

Oh ya, dari segi peti ais pula, sebaiknya susu disimpan didalam peti ais yang mempunyai 2 pintu. Jadi stok susu anda akan tahan lebih lama iaitu selama 3 ke 4 bulan berbanding peti ais satu pintu kerana stok susu anda hanya boleh disimpan dan tahan selama 2 minggu sahaja.

3. Minum air yang banyak - Masalah penyusuan biasanya terjadi kepada mereka yang mengamalkan pantang yang ketat termasuk tidak boleh minum air yang banyak sewaktu didalam pantang bersalin. Sebaiknya minumlah air suam sewaktu didalam pantang kerana anda pasti akan berasa dahaga setiap kali menyusukan bayi. 

Air masak atau air suam sebaiknya diletakkan ditepi katil atau dibilik tidur anda atau ditempat yang mudah untuk anda ambil pada bila-bila masa. Selain dari itu, anda juga digalakkan untuk mengambil minuman seperti milo, horlicks dan susu. Elakkan dari mengambil minuman berkafen seperti kopi dan Nescafe dan minuman bergas.

4. Makan makanan berkhasiat dan yang boleh menambah susu - Antara makanan yang boleh menambah susu yang boleh ambil didalam tempoh berpantang ialah :
- Kurma
- Kismis
- Sawi
- Habbatus sauda
- Ulam-ulaman sepeti pegaga
- Sup – sup ayam (buang kulitnya – ambil dan masak isi sahaja) dan sup ikan.   Tambahkan biji halba didalam sup anda
- Nasi yang anda masak juga boleh ditambah biji halba. Halba diketahui boleh membantu menambah susu ibu
- Susu dan yogurt – Jika susu disimpan didalam peti ais, hilangkan dulu sejuknya dengan cara merendam cawan yang telah diisi dengan susu didalam air panas sebelum diminum
- Quacker oat dan nestum

Bagi yang telah habis tempoh berpantang, selain dari mengambil makanan diatas
anda juga boleh mengambil makanan / minuman berikut bagi membantu
menambah susu ibu :

o Air longan (panas atau sejuk)
o Air barli
o Nasi dagang
o Bayam
o Kangkung
o Sup tulang, sup ayam, sup daging dan sup ikan
o Buah-buahan

Tips tambahan :

Ambil satu sudu kecil halba, rebus dalam sedikit air. Kemudian air rebusan dicampurkan kedalam milo dan diminum. Dengan cara ini anda tidak akan merasa pahit halba dan pada waktu yang sama mengambil minuman tambahan yang membantu menambah susu anda.

Milkmaid tea and pil ASI juga dikatakan boleh membantu menambah susu ibu. Selain dari itu, jika bayi anda sudah berumur 2 bulan keatas, anda boleh mencuba minum air rebusan halia bara kerana ia juga membantu menambah susu ibu.

Bawalah botol air kemana saja anda pergi bila keluar dari rumah. Bila terasa dahaga saja, minum air. Selain dari bagus untuk kesihatan ia juga bagus untuk menjaga pengeluaran susu ibu.

5. Ambil Supplement tambahan - Sebaiknya ambillah vitamin tambahan seperti B kompleks, vit C, fish oil, dan calcium magnesium. Selain dari membantu anda mengeluarkan susu yang berkualiti ia juga dapat membantu anda agar tidak kekurangan zat kerana ia telah diserap dari badan anda dan disalurkan kepada susu badan anda. Vitamin B kompleks pula membantu mengekalkan tenaga anda.

6. Pam susu pada waktu yang ditetapkan - Bagi ibu yang telah kembali bekerja, sebaiknya anda tetapkan jadual pam susu anda. Biasanya masa untuk pam susu ialah 2 ke 3 kali sehari. Jika anda tetapkan jam 10 pagi dan 2 petang, pastikan anda pam susu pada waktu ini dan jika lewat, pastikan dalam 30 minit sahaja. Ini untuk memudahkan anda mengekalkan let down. Jika anda skip, pasti badan anda menjadi keliru dan sukar untuk memberi isyarat untuk masa mengeluarkan susu.

7. Simpan stok yang banyak sebagai back up - Jika stok susu anda banyak, pasti anda kurang merasa stress jika pengeluaran susu anda kurang pada hari itu kerana anda ada stok susu dirumah yang boleh dijadikan back up. Back up dan stok susu sememangnya amat penting bagi ibu-ibu yang menyusukan bayi sepenuhnya kerana ia dikira sebagai penyelamat sehingga pengeluaran susu anda kembali mencapai target anda seiring dengan jumlah susu yang diminum oleh bayi sewaktu anda keluar bekerja.

Tips Tambahan

Jika anda merasakan susu mula kurang :

1. Tambah masa pam susu sewaktu bekerja. Jika sebelum ini anda pam 2 kali sehari, tambahkan kepada 4 kali. Contohnya pam setiap 2 jam sekali.
2. Apabila dirumah dan dihujung minggu, pam susu selama 15 ke 20 minit setiap kali selepas menyusukan bayi. Dengan ini badan anda akan menerima isyarat lebih banyak susu perlu dikeluarkan.
3. Jika perlu, ambil cuti selama 2 ke 3 hari. Gunakan masa cuti ini untuk menyusukan bayi sepenuhnya dan pam susu setiap kali selepas menyusukan bayi
4. Dapatkan rehat dan tidur yang secukupnya
5. Tenangkan diri dan jangan stress. Jika anda stress, lagi mudah untuk pengeluaran susu terjejas. 

Diharap semoga tip-tip di atas dapat membantu saya dan anda untuk menambahkan susu badan.. Perbanyakkan doa semoga segala usaha murni kita ini akan dipermudahkan oleh-NYA...INSYAALLAH...