Sunday 27 May 2012

My Breastfeeding Journey (Part 2)

Kata orang, gagal sekali tak bererti gagal untuk selama-lamanya..sebenarnya kegagalan itu yang buat kita berjaya pada masa akan datang..so untuk bangkit dari kegagalan tu kita tak boleh malas, jangan sombong dan jangan malu untuk bertanya..kita perlu lebihkan usaha, kenalpasti semua kesalahan dan cari jalan macam mana nak selesaikannya...



So dalam usaha aku nak persiapkan diri untuk menyusukan anak kedua aku ni aku dah buat senarai pendek semua kesilapan yang aku dah buat sebelum ni yang buat aku failed untuk bagi susu ibu untuk anak sulungku, Balqis..

Antaranya:
1.  Aku tak tahu cara dan posisi yang betul semasa menyusu
2.  Aku beli breastpump yang tak sesuai
3.  Bila baby meraung-raung taknak menyusu aku mudah stress dan senang sangat rasa down
4.  Kurang support dari family sebabnya diorang pun kurang ilmu tentang khasiat susu ibu

Sebenarnya kesilapan yang paling utama adalah kurangnya ilmu di dada serta tidak bersedia dari segi fizikal, mental,emosi dan spiritual..maka jadi lah aku seorang ibu yang sangat-sangat rugi kerana tidak menggunakan anugerah yang Allah sediakan tu..sedihkan..:((



Bila tengok betapa besar nya anugerah yang Allah kurniakan untuk anak-anak kita ni maka aku perlu kuat semangat dan terus berusaha agar Arash dapat khasiat dan kebaikan yang sepatutnya yang menjadi hak dia..chaiyokkk!!!!!

Nak buat sesuatu mesti penuhkan ilmu di dada dulu..cari sebanyak mana ilmu yang berguna untuk kita..so antara buku yang menarik dan ringkas untuk di baca macam buku yang kat bawah ni..buku ni aku dapat masa beli set pakej breastpump spectra3...memang bagus untuk ibu bekerjaya.selain dari buku ni banyak lagi buku-buku yang berkaitan yang ada di luar sana,InsyaAllah aku akan dapatkan sebanyak yang mungkin lepas ni..


Selain tu aku banyak berkongsi dengan member-member yang dah ada pengalaman dalam dunia penyusuan susu ibu ni..kami selalu 'borak-borak' dalam facebook..ada jugak yang tolong add kan aku dalam group Kump. Ibu2 Menyusukan di facebook..terima kasih banyak-banyak kat Nurul Farah Azih sebab tolong add aku kt group ni..diorang pun ada blog..boleh tengok di www.kimsusuibu.blogspot.com memang banyak info yang kita dapat selain dapat berkongsi
pengalaman dan masalah masing-masing..seronok tau ^_^


Selain tu korang juga boleh join kelas antenatal yang diadakan di Hospital Rakan Bayi (HRB)..Kebanyakan hospital kerajaan adalah HRB, selain tu ada juga di PPHUSM dan PPUM..hospital swasta pun ada..Make sure bawak sekali suami-suami kita ni sebab kita perlukan sokongan diorang untuk menjayakan penyusuan susu ibu ni..kat sana kita akan di ajar dengan teknik-teknik dan cara penyusuan yang betul dsb oleh kakitangan yang terlatih.
 
Pastu kena la cari breastpump yang sesuai mengikut cara hisapan baby..biasa breastpump yang elok ni pricy sikit tapi tak salah untuk kebaikan kita dan baby jugak..jangan kedekut untuk keluarkan duit korang untuk beli pam ni..takut jadi macam aku ni beli yang murah dan tak ada product evidence last-last merana diri..diri sendiri merana, anak pula yang jadi mangsa :((

So untuk Arash ni aku beli Spectra3..pam yang bagus dengan harga berpatutan..teringin jugak nak beli Medela Freestyle tu,tapi try yang ni dulu,maybe the next baby Medela akan dipertimbangkan,hehe


This is my beloved Spectra3


Medela Freestyle..akan aku dapatkan kamu untuk anak ketiga ku nanti, InsyaAllah ^_^
* Credit picture to Noorfazila Binti Abdul Rahman

Breastpump ni memang menjadi satu keperluan untuk ibu-ibu bekerjaya..supaya dapat buat sesi perahan di tempat kerja dan yang penting untuk buat stok!!! Bagi surirumah korang pun boleh guna pam ni jugak in case kalau kita tak sihat ke, kena pergi mana-mana dan baby terpaksa ditinggalkan..mana tahu kan?? so be prepared :))

Sokongan dari ahli keluarga pun sangat penting..kalau niat kita nak menyusukan anak ni tidak mendapat sokongan dari diorang mungkin ia akan menjejaskan pengeluaran susu kita...

Dan yang paling penting kita harus jaga emosi kita..sebab nya emosi mempengaruhi penghasilan susu..kalau kita selalu stress, sedih, kurang rehat ia akan mengganggu rembesan hormon prolaktin dan oksitosin yang bertanggungjawab dalam penghasilan dan pengeluaran susu..kita harus kuat semangat dan tidak terlalu mudah untuk berputus asa..sentiasa berfikiran positif..

Akhir sekali kita sebagai orang Islam harus lah meminta pertolongan dari ALLAH SWT semoga murahkan rezeki anak kita dan permudahkan segala usaha yang kita buat tu..selalu lah amalkan ayat-ayat Al-Quran dan zikir-zikir yang berkaitan. Antaranya:





Aku harap kegagalan aku dulu menjadi suatu pengajaran yang tak akan aku ulangi lagi selepas ni..dengan adanya buku-buku ilmiah, kumpulan-kumpulan sokongan, kawan-kawan seperjuangan serta ahli keluarga tersayang menjadikan aku lebih bersemangat untuk meneruskan azam ku ini..terima kasih kepada semua..kepada kawan-kawan di luar sana yang pernah mengalami nasib yang sama macam aku ni aku nasihatkan jangan cepat berputus asa..berusaha la dan yakin pada diri sendiri..tak semestinya gagal untuk anak pertama kita akan gagal untuk anak-anak yang seterusnya..WASSALAM...

Saturday 19 May 2012

My Breastfeeding Journey (Part 1)


Alhamdulillah tanggal 16 Mac 2012 yang lalu aku selamat melahirkan baby keduaku seorang putera yang cukup sifat dan sihat seberat 3.05kg..Kami namakannya Muhammad Arash Lutfi...Maka cukup lah sepasang cahaya mata kami berdua.



Maka pada saat itu bermula la perjalanan aku nak menyusukan Arash secara exclusive sehingga dia  berusia 2 tahun..aku tak nak kegagalan untuk menyusukan puteri sulungku Nur Ainul Balqis berulang kembali..memang sedih sangat bila tak dapat memberikan susu ibu yang berkhasiat tu..Maklum la masa tu aku memang tak ada ilmu langsung dalam bab ni..kemain beli breastpump tanpa kaji dulu kebaikan dan keburukan dia..last-last aku jadi fobia then susu terus 'zero'..terpaksa end up bagi fomula milk.

Bila start kerja tengok member-member dok berjemaah perah susu aku jadi terkilan, sedih, kecewa dan macam-macam la..so untuk Arash ni aku memang berniat dan nekad nak buat sehabis baik..walau ape pun halangan aku akan atasinya...semoga berkat doa,usaha dan tawakal Allah akan permudahkan segalanya..Amin..

So, masa pregnant lagi aku dah start melengkapkan diri dengan ilmu penyusuan ni..breastpump pun aku dah siap beli awal-awal,hehehe..walaupun tak sepenuhnya ilmu tu yang aku dapat tapi dah memadai untuk tahu asasnya dulu..yang selebihnya kita boleh terus belajar semasa proses penyusuan tu berlaku.


Susu ibu adalah anugerah Allah yang amat bernilai untuk anak-anak kita..maka amatlah rugi kalau kita tak gunakan rahmat tu dengan sebaiknya..Gagal sekali tidak bermakna kita akan gagal untuk selamanya..So my journey begin here....^_^

Saturday 5 May 2012

Ujian kecil bersama My Spectra3


Kata orang, kalau kita nak buat benda baik kita akan di uji terlebih dahulu..tak kira la ujian tu kecil atau besar..Sama la jugak macam kisah aku ni..niat nak breastfeed (BF) anak ke-2 ni di uji bila sesi mengepam bersama Spectra3 sedikit meragam..sebelum tu nak bagitahu la yang aku ni main sambar je Spectra3 ni tanpa tahu macam mana nak mengendalikannya bila ada masalah..alang-alang time tu ada kawan aku yang offer Spectra3...katanya nak tolak sebab keluar angin..mungkin tak sesuai dengan dia kot..so dapat la aku beli Spectra3 ni dengan harga yang sedikit murah dari harga biasa..


So nak dijadikan cerita..pada suatu hari masa nak start pam susu, aku rasa macam pelik je bila dah on dan dah lekatkan breast shield tu rasa macam tak ada suction langsung pada yang sebelah lagi (untuk pengetahuan semua aku buat power pumping )..memang pelik la sebab sebelum ni tak ada masalah pun..macam-macam cara aku try buat tapi still tak jadi..aku apa lagi memang start panic la..sebab masa tu aku bergantung dengan susu yang di pam untuk bagi kat baby sebab nipple ku luka..terpaksa la buat single pumping yang menyebabkan sesi mengepam menjadi agak lama..dah la time tu susu aku sikit je setakat 2oz..kalau buat power pumping dapat la lebih sikit..seriously time tu aku stress sangat-sangat..orang cakap kalau stress lagi la merudum milk supply..

Dalam kepala ni macam-macam dah dok fikir..siap sms member-member yang BF tanya takut-takut diorang tahu macam mana nak settle masalah aku ni..oppps lupa pulak nak bagitahu..satu lagi benda pelik yang aku perasan dalam tube tu macam ade wap air..bila tanya member dia cakap mungkin sebab backflow..so dia suggest beli backflow filter kat mumsDream..nasib baik la kat Kota Bharu ni ada kedai macam tu..so aku pun pergi la beli..harganya tak mahal pun only RM13..ada la 3 filter dalam tu..lepas tu salesgirl ade tanya.."akak tak nak beli ke membrane?"..aku terpinga-pinga jugak ape la benda alah membrane tu..hehehe..bila dia tunjuk baru la aku perasan benda tu memang ade..aku pun ambik la satu sebab yang dah sedia ade tu dah kuning dan macam distort sikit..harganya boleh tahan jugak untuk saiz sekecil itu..only RM9..


Bila dah beli dua benda tu aku try la pasang filter dulu..huhuhu..tak ade perubahan langsung..so try tukar membrane tu pulak..woww..jadi la..Alhamdulillah..settle masalah aku..sebab kalau tak jadi jugak memang aku dah berkira-kira nak ambik medela freestyle..aku terpaksa beli lain sebab kalau nak hantar repair memang ambik masa 2,3 bulan jugak..nasib baik la semuanya ok..banyak-banyak syukur..

So kat sini aku nak share la dengan ibu-ibu yang baru first time nak pakai Spectra3 ni kalau benda yang sama berlaku..pastu sila la baca betul-betul guide book tu betul-betul sebelum guna ( Ingatan untuk diri sendiri...kui kui kui :P )..sebenarnya aku tengok buku tu sekali lalu je, pastu bila berlaku kes macam ni tak terfikir pulak nak belek tengok..dalam buku tu ade diajar ape yang perlu kita buat kalau ade masalah macam tak ade suction, slow suction etc...

Perbezaan membrane yang baru dan yang lama..yang lama nampak sedikit kuning dan sekeliling nya sedikit meleding..


Pastikan membrane betul-betul adapt pada permukaan valve head (warna biru ). Kalau tak, angin akan keluar dan result nya no suction :)))


Peristiwa ni akan jadi pengajaran buat aku..so lepas ni kalau berlaku lagi tahu la aku cara nak settle..moral of the story..study betul-betul guide book yang disediakan..breast pump ni boleh diibaratkan macam nyawa kita jugak dalam BF ni...Ok la..Selamat 'Breasfeeding' untuk semua..:)))

Tuesday 1 May 2012

Premium Beautiful Biz

Yup....It's time to change..!!! No more stress after this bila tiap-tiap bulan dapat je gaji nak kena bayar all the bills, tanah, rumah, kereta, tak masuk lagi perbelanjaan bulanan dan harian..anak-anak lagi..duit yang tinggal hanya cukup-cukup makan..kadang-kadang nak saving pun tak sempat..nak beli barang-barang yang diidam-idamkan pun memang sah-sah la tak dapat....

Sampai bila nak berterusan macam ni???kalau nak harap gaji tiap-tiap bulan memang tak cukup...dengan komitmen yang banyak ditambah pulak dengan ekonomi yang turun naik, semua barang mahal memang tak mampu jugak...

Alhamdulillah...kerana suatu hari telah diperkenalkan oleh my ex-uni frenz dengan Premium Beautiful Business....

Apa yang menarik tentang biz ni yang membuatkan saya mengambil keputusan untuk join dan seterusnya mengubah kehidupan kepada yang lebih baik dan melepaskan diri dari masalah kewangan????

1) COMPANY....ni yang first sekali kita akan tengok..Kalau bukan ia merupakan company yang kukuh dan mantap memang sah-sah la tak akan ada sesiapa yang nak buat biz ni dan tak akan ada sesiapa yang akan percaya..This biz is under Hai-O Marketing Sdn.Bhd......sudah bertapak di Malaysia ni selama 15 tahun...dan sudah 11 tahun beroperasi tanpa HUTANG...!!!! Juga tersenarai dalam Papan Utama BSKL since 1996...


Selain itu mendapat pelbagai anugerah....antaranya....


' Best Under A Billion' four years in a row by Forbes Asia, starting from 2007. The only company in Malaysia that received such recognition


Menerima Anugerah Kecemerlangan Perniagaan Beretika 2010/2011 with the highest recognition by Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi & Kepenggunaan 9th December 2010


Menerima Anugerah CSR Perdana Menteri 2009 under the category of Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat.


2) Yang paling PENTING...business ni adalah HALAL...inilah punca utama why i join this biz .....this company telah disenaraikan oleh Malaysian Security Comission sebagai syarikat PATUH SYARIAH!!! so tak perlu ragu-ragu....siapa yang nak bagi family dan anak-anak makan dari duit hasil biz yang haram kan..???....BUKTINYA....


dan yang paling latest untuk tahun 2011 anda boleh tengok di bahagian dagangan dan khidmat....(m/s 28....no.47)




3) Peluang untuk buat side income dan memberikan pulangan yang lumayan
.....4 - 6 figure income monthly....



4) Bonus......bayangkan 1st bonus dah dapat RM4500..bulan-bulan seterusnya akan dapat lebih lagi..... 

5)FREE VIP TRIP......from this business kita berpeluang melancong dan semuanya ditanggung oleh company...maknanya dari tiket FLIGHT, MAKAN, HOTEL (5 Star Hotel) n TRANSPORT semuanya FREE OF CHARGE...kita hanya perlu sediakan duit untuk shopping je...:)) antara pakej melancong yang company dah bawa adalah ke..PERTH-HONG KONG-HOLLAND-BELGIUM dan yang paling latest pakej pelancongan ke VIETNAM!!!!! Jom kita pergi ramai-ramai...





6) Group yang MANTAP...ahli yang ramai dan datang dari pelbagai negeri di Malaysia...Diketuai oleh leader-leader yang berkaliber, berdedikasi dan sanggup turun padang untuk mencurahkan segala ilmu.
Sering mengadakan seminar-seminar untuk ahli-ahli baru dan sebagainya.....



Seminar yang terbaru diadakan di Eastin Hotel


Salah satu slot yang disampaikan oleh CDM Hanis Haizi




CDM Kak Ana & CDM Abg Lan yang duduk sebaris with others Multi millionaire in Malaysia


Our group leaders.....


Our group members


7) Menganugerahkan setiap ahli dengan hadiah-hadiah yang lumayan sebagai simbol kejayaan atas segala usaha yang telah dilakukan.......JAM TANGAN BERJENAMA, BEG TANGAN BERJENAMA dsb...sape yang tak nak kan????....:))




8) The product itself  Premium Beautiful  corset gives 70% health & 30% beauty....product SUPERBRAND...!!! Ada lagi LIFETIME WARRANTY...!!! Menggunakan teknologi dari 3 negara iaitu US, JEPUN, dan GERMAN....serta mendapat pengiktirafan daripada American Chiropractic Association...mana nak dapat korset which have all these excellent features kalau bukan Premium Beautiful korset....???






9) Marketing plan...so SIMPLE..!! semuanya hanya di HUJUNG JARI..our group focuses only on online marketing....Hanya guna laman web sosial Facebook or Twitter and thru Blog....the important is TEAMWORK biz...


....So apa tunggu lagi.....hurry up and be in our group...
Let's transformed yourself to a better life.....
We work together...We help each other.....
Be positive...Believed in urself...Just Do It..!!!!!
Follow the leaders and u'll be succeed...
Rezeki tidak akan datang bergolek jika tiada USAHA yang berterusan, DOA dan TAWAKAL......
ALLAH berfirman: 9/10 rezeki datang dari berniaga dan 1/10 datang dari makan gaji...Let's think of it...



....Jika anda berminat untuk mengetahui dengan lebih detail about this product and/or business anda boleh hubungi saya call/sms 011-14972214 atau boleh email saya di sdg324@gmail.com..