Friday 23 December 2011

Cara Penjagaan Set Premium Beautiful


Kali ni saya nak kongsi tips penjagaan set Premium Beautiful...sesuatu yang mahal dan berharga harus dikendalikan dengan cara yang betul supaya tahan selama yang mungkin..baru la berbaloi dengan duit yang anda laburkan tu....


MASA BASUH

  • Basuh bila perlu.....Maknanya kalau anda rasa Premium Beautiful masih bersih dan tidak berbau boleh teruskan pakai.....Tapi kalau Premium Beautiful mula berbau atau gatal itu maknanya masa untuk dibasuh sudah tiba!

CARA-CARA MEMBASUH PREMIUM BEAUTIFUL

  • Basuh Premium Beautiful dengan cucian tangan sahaja. Elakkan memerah/memintal dengan kuat.
  • Masukkan separuh air bersih dalam baldi dan campur sedikit Premium Beautiful Wash atau apa-apa jenis liquid detergen yang lembut (jangan guna sabun serbuk). Kemudian celup dan basuh Premium Beautiful dengan dengan tangan.


  • Bilas Premium Beautiful hingga bersih dan sangkut pada penyidai dalam bilik air supaya air basuhan Premium Beautiful menitik dan kering. Boleh juga keringkan Premium Beautiful dengan tuala bersih.
  • Bila air tidak menitik lagi, boleh sidai Premium Beautiful dalam bilik bawah kipas.
  • Premium Beautiful akan kering dalam masa 4-6 jam so masa terbaik untuk basuh ialah masa balik dari kerja. Esoknya boleh pakai lagi.

PANTANG LARANG

  • Jangan basuh Premium Beautiful dengan mesin basuh atau memerah dengan kuat.
  • Jangan iron atau dry clean.
  • Jangan jemur di bawah/direct pada cahaya matahari dan jangan basuh dengan sabun serbuk.

No comments:

Post a Comment