Thursday 8 December 2011

Unforgettable memories

Masih terbayang2 lg saat2 melahirkan puteri sulungku Nur Ainul Balqis.. Sebenarnya ia merupakan pengalaman berharga yang tidak dapat dilupakan sampai bila2..

Al-kisahnya...

Kalau mengikut tarikh my last period dijangka my due date was on 08.08.09..kebetulan pada awal pagi 08.08.09 tu saya tersedar dari tidur kerana terasa macam nak kencing..bila dalam toilet tiba-tiba noticed ader blood stain kat panties.Biasa la awal-awal ni tak tahu lagi macam mana rasa or tanda-tanda nak beranak..so terus bagitahu my mom..dia ape lagi dengan panic nye suruh siap-siap nak ke hospital..padahal masa tu takde la sakit pun..tapi my mom ni dah kelam kabut cari orang nak mintak tolong bawakan kami ke hospital..masa tu my hubby takde..biasa la perkahwinan jarak jauh ni..tapi kebetulan jugak malam tu dia mmg nak balik kampung...so kalau saya beranak time tu pun takpe la hubby ade untuk temankan..

Bila sampai di hospital..doktor check jalan baru 1cm rupanya..so saya pun ditempatkan di wad bersalin..ade la dalam 3 malam jugak tidur dlm wad..macam-macam perasaan time tu bila tengok lepas sorang-sorang beranak..hari ke-3 masa doktor buat ward round.dia cakap if saya tak beranak lagi dia suruh balik rumah dulu..ye la kan duduk dalam wad lama-lama bukan best pun..baik duduk kat rumah je..tapi segalanya bermula pada malam 10.08.09..saya mula rasa sakit di bahagian pinggang..makin lama makin terasa peritnya sakit tu..macam-macam usaha buat nak bagi hilang sakit,..bila doktor check jalan dah buka 6cm..huhuhu..sudah tiba masanya...

dup..dap..dup..dap..rasa semakin nervous..lepas tu saya terus bersiap-siap untuk dibawa ke labour room...my mom pesan suruh makan dan minum dulu takut takde tenaga masa nak push baby nanti.. Bila dah sampai kat labour room dan tukar pakaian..nurse pun start la pakaikan oksigen..pastu pasang alat nak monitor baby dalam rahim..time tu   walaupun sakit tapi still boleh tahan..mulut ni tak berhenti baca surah dan selawat..my hubby dah ade di sisi..bagi semangat..tak lama lepas tu sakit makin menjadi-jadi dan makin kerap..tiba-tiba rasa macam nak "poop"..hehe..rupanya memang dah tiba masa baby nak keluar..time tu Tuhan je tahu macam mana setiap ibu bertarung nyawa nak lahirkan baby ke dunia..Tapi kan..bayangkan semua doktor yang attend saya masa tu adalah lelaki..malu siot..tapi sebab sakit..malu tu dah tak ingat dah..buat la ape saja pun asal baby selamat keluar..

huhuhu..lama jugak la push..sampai doktor dan nurse cakap kalau saya tak kuat semangat baby akan lemas..huhu..sape tak takut..maka dengan sekuat tenaga saya push dan tepat pukul 3.35am pada 11.08.09 terdengar la suara tangisan baby ku..Dengan kuasa Allah semua sakit tadi hilang sekelip mata bila tengok baby depan mata...Alhamdulillah baby ku selamat dan lahir dengan cukup sifat dan sihat..





Masa tu jugak say perasan suasana dalam labour roon tu dah kelam kabut,bising sana sini,pastu nampak macam asap  slow-slow masuk kat tempat saya..nurse siap bagi masuk suruh pakai takut lemas terhidu asap..sempat jugak dengar diorang cakap one of aircond dalam labour room tu meletup..tapi masa tu my placenta tak dikeluarkan lagi..dengan keaadaan kelam kabut dan panic tu doktor dan nurse berusaha nak keluarkan placenta dengan bantuan lampu yang boleh charge tu..at the same time baby ku tak tahu diorang buat lari ke mana..my hubby dah kelam kabut cari baby nak azankan dia..

Bila dah settle keluarkan placenta saya di tolak masuk ke wad semula..bayangkan kena suture dalam wad..pulak tu dengan doktor lelaki lagi..time ni memang malu la..duk kangkang depan dia..bila kena inject dengan ubat bius..fuyyooo sakit woo..walaupun dah kebas tapi masih terasa masa jarum tu menembusi kulit ku..
Lepas tu baru la berpeluang jumpa dengan baby ku...nasib la time kelam kabut tadi baby ku tak bertukar dengan anak orang lain..havoc jugak kan..hehe..memang tersengih je bila tatap insan baru dalam hidup ku..masa tu nurse suruh breastfeed baby supaya baby dapat khasiat susu ibu iaitu colostrum..tapi tak tahu kenapa saya rasa kekok sangat nak breasfeed baby,..baby macam nak tak nak je hisap..last-last dia meraung..huhu..sedey...

Pagi tu jugak saya dibenarkan keluar hospital..dah sampai rumah try breasfeed baby lagi tapi dia tak nak jugak mungkin sebab susu tak keluar..ape lagi..meraung lagi la..bergegar satu rumah..kesian anak mama... banyak hari jugak la berusaha nak breastfeed kan dia tapi tak berjaya...breast dah start bengkak..try pam pun sikit je keluar pastu tak keluar langsung..last-last  terpaksa bagi baby susu formula..kesian Balqis tak dapat merasa susu mama :((

Kecewa sangat rasa bila tak dapat merasa sendri pengalaman bf bby..sampai sekarang bila tengok member-member duduk pam susu rasa sedih yang teramat..lepas tu berazam bila anak kedua nanti akan sedaya upaya nak bf...
Sekarang puteri sulungku sudah berusia 2 tahun 4 bulan...pada masa yang sama saya dah pregnant 6 bulan..


   





Sepanjang mengandung ni banyak buku saya dah baca berkenaan penyusuan susu ibu dan cara-cara bf yang betul...harap-harap dapat di praktikkan masa baby kedua ku nanti..one of my friend ade suggestkan pakai Premium Beautiful corset sebab dah terbukti boleh banyakkan penghasilan susu ibu...dia sendiri pun pakai dan terbukti kesannya...

Oleh sebab tu saya mesti dapatkan set pb corset dan pakai semasa berpantang dan menyusu nanti..insyaallah harap2 saya berjaya nanti...

Ada 3 bulan lebih lagi sebelum tiba ke tarikh jangkaan saya akan bersalin iaitu pada 25.03.2012..harap segala persediaan yang dah saya buat sepanjang mengandung ni akan membuahkan hasil...Nantikan kesan pb corset yang akan saya sarungkan dan amalkan sepanjang tempoh berpantang nanti....:)) saya sendiri pun dh tak sabar nak menanti saat tu..:))

No comments:

Post a Comment