Sunday 27 May 2012

My Breastfeeding Journey (Part 2)

Kata orang, gagal sekali tak bererti gagal untuk selama-lamanya..sebenarnya kegagalan itu yang buat kita berjaya pada masa akan datang..so untuk bangkit dari kegagalan tu kita tak boleh malas, jangan sombong dan jangan malu untuk bertanya..kita perlu lebihkan usaha, kenalpasti semua kesalahan dan cari jalan macam mana nak selesaikannya...



So dalam usaha aku nak persiapkan diri untuk menyusukan anak kedua aku ni aku dah buat senarai pendek semua kesilapan yang aku dah buat sebelum ni yang buat aku failed untuk bagi susu ibu untuk anak sulungku, Balqis..

Antaranya:
1.  Aku tak tahu cara dan posisi yang betul semasa menyusu
2.  Aku beli breastpump yang tak sesuai
3.  Bila baby meraung-raung taknak menyusu aku mudah stress dan senang sangat rasa down
4.  Kurang support dari family sebabnya diorang pun kurang ilmu tentang khasiat susu ibu

Sebenarnya kesilapan yang paling utama adalah kurangnya ilmu di dada serta tidak bersedia dari segi fizikal, mental,emosi dan spiritual..maka jadi lah aku seorang ibu yang sangat-sangat rugi kerana tidak menggunakan anugerah yang Allah sediakan tu..sedihkan..:((



Bila tengok betapa besar nya anugerah yang Allah kurniakan untuk anak-anak kita ni maka aku perlu kuat semangat dan terus berusaha agar Arash dapat khasiat dan kebaikan yang sepatutnya yang menjadi hak dia..chaiyokkk!!!!!

Nak buat sesuatu mesti penuhkan ilmu di dada dulu..cari sebanyak mana ilmu yang berguna untuk kita..so antara buku yang menarik dan ringkas untuk di baca macam buku yang kat bawah ni..buku ni aku dapat masa beli set pakej breastpump spectra3...memang bagus untuk ibu bekerjaya.selain dari buku ni banyak lagi buku-buku yang berkaitan yang ada di luar sana,InsyaAllah aku akan dapatkan sebanyak yang mungkin lepas ni..


Selain tu aku banyak berkongsi dengan member-member yang dah ada pengalaman dalam dunia penyusuan susu ibu ni..kami selalu 'borak-borak' dalam facebook..ada jugak yang tolong add kan aku dalam group Kump. Ibu2 Menyusukan di facebook..terima kasih banyak-banyak kat Nurul Farah Azih sebab tolong add aku kt group ni..diorang pun ada blog..boleh tengok di www.kimsusuibu.blogspot.com memang banyak info yang kita dapat selain dapat berkongsi
pengalaman dan masalah masing-masing..seronok tau ^_^


Selain tu korang juga boleh join kelas antenatal yang diadakan di Hospital Rakan Bayi (HRB)..Kebanyakan hospital kerajaan adalah HRB, selain tu ada juga di PPHUSM dan PPUM..hospital swasta pun ada..Make sure bawak sekali suami-suami kita ni sebab kita perlukan sokongan diorang untuk menjayakan penyusuan susu ibu ni..kat sana kita akan di ajar dengan teknik-teknik dan cara penyusuan yang betul dsb oleh kakitangan yang terlatih.
 
Pastu kena la cari breastpump yang sesuai mengikut cara hisapan baby..biasa breastpump yang elok ni pricy sikit tapi tak salah untuk kebaikan kita dan baby jugak..jangan kedekut untuk keluarkan duit korang untuk beli pam ni..takut jadi macam aku ni beli yang murah dan tak ada product evidence last-last merana diri..diri sendiri merana, anak pula yang jadi mangsa :((

So untuk Arash ni aku beli Spectra3..pam yang bagus dengan harga berpatutan..teringin jugak nak beli Medela Freestyle tu,tapi try yang ni dulu,maybe the next baby Medela akan dipertimbangkan,hehe


This is my beloved Spectra3


Medela Freestyle..akan aku dapatkan kamu untuk anak ketiga ku nanti, InsyaAllah ^_^
* Credit picture to Noorfazila Binti Abdul Rahman

Breastpump ni memang menjadi satu keperluan untuk ibu-ibu bekerjaya..supaya dapat buat sesi perahan di tempat kerja dan yang penting untuk buat stok!!! Bagi surirumah korang pun boleh guna pam ni jugak in case kalau kita tak sihat ke, kena pergi mana-mana dan baby terpaksa ditinggalkan..mana tahu kan?? so be prepared :))

Sokongan dari ahli keluarga pun sangat penting..kalau niat kita nak menyusukan anak ni tidak mendapat sokongan dari diorang mungkin ia akan menjejaskan pengeluaran susu kita...

Dan yang paling penting kita harus jaga emosi kita..sebab nya emosi mempengaruhi penghasilan susu..kalau kita selalu stress, sedih, kurang rehat ia akan mengganggu rembesan hormon prolaktin dan oksitosin yang bertanggungjawab dalam penghasilan dan pengeluaran susu..kita harus kuat semangat dan tidak terlalu mudah untuk berputus asa..sentiasa berfikiran positif..

Akhir sekali kita sebagai orang Islam harus lah meminta pertolongan dari ALLAH SWT semoga murahkan rezeki anak kita dan permudahkan segala usaha yang kita buat tu..selalu lah amalkan ayat-ayat Al-Quran dan zikir-zikir yang berkaitan. Antaranya:





Aku harap kegagalan aku dulu menjadi suatu pengajaran yang tak akan aku ulangi lagi selepas ni..dengan adanya buku-buku ilmiah, kumpulan-kumpulan sokongan, kawan-kawan seperjuangan serta ahli keluarga tersayang menjadikan aku lebih bersemangat untuk meneruskan azam ku ini..terima kasih kepada semua..kepada kawan-kawan di luar sana yang pernah mengalami nasib yang sama macam aku ni aku nasihatkan jangan cepat berputus asa..berusaha la dan yakin pada diri sendiri..tak semestinya gagal untuk anak pertama kita akan gagal untuk anak-anak yang seterusnya..WASSALAM...

No comments:

Post a Comment